Thursday, 20 December 2012

AYAM MASAK RENDANG MINANG



Mertuaku nak ke sini kejap lagi... So ku masakkan le lauk ni. Peberet en. suami jugak ni... Dulu terkial-kial nak masak rendang. Sekarang kira dah expert. Lengkuas jangan letak banyak sangat nanti maung. Bila tengah masak tu, kalau rasa kurang lengkuas, titikkan lagi lengkuas. Kita adjust le.. tak gitew...


AYAM MASAK RENDANG MINANG

Bahannya:-

  • Sekor ayam -di potong kecil & basuh bersih
  • 2 ulas bawang putih *
  • 8 ulas bawang merah *
  • 2 inci lengkuas *
  • 2 inci ibu kunyit *
  • 10 - 20 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing) *
  • 10 biji lada hitam  * (* dikisar halus)
  • 1/2 senduk cili kering kisar (nak bagi color rendang tak pucat)
  • 3 batang serai dititik
  • 1 1/2 biji kelapa parut (amik santan pekat)
  • 2 helai daun kunyit
  • Kerisik (option)
Caranya:-
  1. Masukkan ayam dalam kuali.
  2. Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar.
  3. Masukkan santan pekat dan serai.
  4. Masak atas api sederhana perlahan. (Untuk mengelakkan ayam daripada hancur terus masukkan 1/4 sudu kecil garam)
  5. Masak sampai santan berkurang dan ayam masak.
  6. Perasakan. 
  7. Masukkan kerisik. Takde pun ok jugak.
  8. Masak sampai kerisik naik minyak.
  9. Masukkan daun kunyit yang dihiris halus.
  10. Siap!


Friday, 14 December 2012

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE





Sebenarnya ini kisah kesinambungan cerita ku terembat banboo steamer aritu.. Tak sabor nak buat acara pecah dara bamboo steamer ku ini. Dan kebetulan pulak nak bagi sikit goodies pada client kami. Stok cheese ada dalam peti es. Ku teruskan projek ni. Excitednya lebih pada nak merasmikan steamer tu..
Resepi apat dari blog kak yatie. Ta[i entah macamana macam lambat lak nak masak kek ni. Too moist also... Tak tau le apa salahnya. Yang penting memang meletop! Kalari dia jugak meletop you!!!!! Heeeeee.. Dah tertelan, nak buat camna....


Resepi Ju kopipes dari kak Yatie. Time kasih banyak ye kak...

Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit. (Ju kukus lebih dari 20 minit)
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit. (Ju kukus 20 minit)
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit. (Ju kukus lebih dari 20 minit)
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.




KU TEREMBAT....



Kalau orang lain gila shopping handbag, baju & kasut. Ju lain pulak ceritanya... Pantang nampak kedai jual perkakas dapur, kompom ada yang terembat. Ditengahari yang mendung suram, sementara menunggu satu urusan kerja, kaki ku 'ter'langkah masuk ke kedai.. apa ke namanya entah... Kalau ikutkan hati macam-macam mende nak ku rembat. Nasib baik cash in hand tak banyak, kalau tak satu kedai ku borong! 

Seperti biasa... "Nak beli ni lah... Ishhhhh kang tak cukup pulak nak beli yang ni... ".. Macam biasa dengar je kan... Antara tersenarai dalam wishing list, paella pan (kunun nak beli, tapi dok pikir nak masak apa ek, selain paella?) Best woooooo!!! Kalau dah beli macam-macam boleh masak dalam tu!!!... Pastu nampak copper bowl yang ada telinga macam Chef Wan selalu guna.. Yang kecik tu dekat 200 hengget!!! Ishhhkkk... memang le tak bawak duit banyak tu!! Pusing punya pusing, lastly ku rembat Bamboo Steamer yang dulu telah ku intai-intai... heeeee... Tapi kedai ni mahey sikit. Kalau pandai pegi tempatnya dapat murah sikit kot.. Body dengan penutupnya sama rega! Boleh ke gitew... Kalau ada rejeki nak rembat body lagi satu.. Leh le buat steamer bertingkat... Dan inilah hasil tangkapan ku itew...

jeng.. jeng....
.
.
.
.
.
.
.


Thursday, 13 December 2012

CROISSANT WITH EGG MAYO versi apa yang ado kat pantry...


Morniiiiiing!!!! Hajat dihati nak buat croissant tapi nengok apa stok croissant beli kat Giant melambak-lambak. Terpaksa ditangguhkan dulu projek croissant ku.. Croissant yang menjadi peberet ku datang dari Dunkin Donut. Reganya dekat 4 hengget seketul. Tu croissant kosong je tu... Askar kat umah kang bukannya makan seketul. Mau lebeh!! Pasal tu le nak memojek croissant.. Tapi entah bila la tak dapat nak kata... Tunggu je la....

Tak tau nak buat apa for breakfast.. Hentam je la. Jadik le sandwich kosong. Salad pun takde. Yang penting simple tapi meletop! Kalu dapat croissant Dunkin Donut lagi le best!!!




CROISSANT WITH EGG MAYO

Bahannya:-
  • Roti croissant
  • Telur (rebus - hard boil) berapa banyak roti yang ada
  • mayonis
  • garam
  • lada sulah
  • salad (takde stok)
Caranya:-
  1. Telur rebus tu di hancurkan.
  2. Gaulkan bersama mayonis, lada sulah & garam.
  3. * Garam jangan letak banyak. Kang termasin susah nak adjust.
  4. Croissant belah 2 jangan putus.
  5. Sapukan majerin tengah.
  6. Letak egg mayo.
  7. Letakkan salad.
  8. Siap!


AYAM BERSOS TIRAM




Ni menu paling sempoi. Kira main campak-campak. Ju rasa la kan, patutnya blog ni kena bagi nama Campak-campak Blog baru le sesuey.. Abis kalu dah almost the recipes ala campak-campak je kan.. kan...

Lupa lah pulak mana dapat resepi ni. Rasanya dari magazine... Kepada sesiapa empunya resepi, time kasih banyak. Ku hargai resepi campak-campak ni...

AYAM BERSOS TIRAM

Bahannya:-

  • Sekor ayam - dipotong kecik
  • Sesenduk kecil cili kering kisar.
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 2 labu bawang besar * (* dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 5 sudu makan kicap manis
  • Cili padi
  • Daun bawang (takde stok)

Caranya:-
  1. Ayam tu di tabur garam dan serbuk lada hitam sikit. (Goreng dengan miyak yang sikit sekejap je)
  2. Bekas minyak tadi tumis cili kisar hingga garing.
  3. Masukkan bahan hiris bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
  4. Masukkan ayam tadi.
  5. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
  6. Tambahkan air. Perasakan.
  7. Bila ayam dah masak, masukkan cili padi seketul-seketul. Kalu nak pedas, titikkan cli padi tu.
  8. Siap!

FENOMENA TERKINI - DURIAN CREPE


Mana-mana blog asik jumpa bende alah ni je... Mau tak nak mencuba!! To those yang memang hantu durian, memang suka bangat le. Kita ni ala-ala je. Boleh la. Makan seketul. Kids pun tak berapa sangat. Muak katanya... Apa-apa pun ni le hasilnya yang ku jumpa kat blog kak ita. Time kasih banyak ye kak.


Resepi Ju kopipes dari Kak Ita.

DURIAN CREPE WITH CREAM CUSTARD FILLING

CREPE

40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste 


Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.


CREAM CUSTARD FILLING

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~  tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. 
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental. 

CREAM CUSTARD FILLING

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~  tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. 
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental. 

  Terlupa la pulak nak buat pot mortem.

CREAM CUSTARD FILLING

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~  tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.  
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla 
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental. 

CARA PENYEDIAAN

Kepingan crepe ~ secukupnya
Krim Kastard ~ secukupnya
Isi durian ~ secukupnya

Letakkan sekeping crepe
Letakkan krim kastard di atasnya
Kemudian letakkan isi durian
Tutup kembali denga krim kastard
Lipat seperti kita melipat sampul surat
Buat sehingga habis
Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin 



AYAM MASAK CILI PADI BERSAMA DAUN LIMAU PURUT





Menu jumpa dalam majalah RASA lama dulu. Rasanya resepi kerabat diraja Negeri Sembilan. Den memang suka lauk pauk minang. Lagi podeh lagi sodap! Cer le try.

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA DAUN LIMAU PURUT

Bahannya:-
  • Ayam sekor - dipotong kecil
  • Cili padi kuantiti ikut suka.. (Ju campur dengan cili merah.. al maklumka ada org x boleh nak makan pedas sgt)
  • Ibu kunyit
  • 4 batang serai dititik
  • Santan dari sebiji kelapa
  • 5 - 6 helai daun limau purut

 Caranya:-

  1. Ibu kunyit dan cili padi dikisar hingga halus.
  2. Masukkan dalam periuk ayam bersama bahan kisar dan serai.
  3. Masak hingga air ayam kecut dan air ayam kering sikit
  4. Masukkan santan dan daun limau purut.
  5. Perasakan.
  6. Siap!




Tuesday, 16 October 2012

MIHUN SUP SEMPOI GILER...

Resepi ni from ibu mertuaku.. Dia ada kedai makan. Paling senang & sedap. Kalu rasa lapar tapi malas nak masak yang remeh temeh, try le...


BIHUN SUP SEMPOI GILER

Bahannya-


  • Mihun @ mee kuning @ kuey teow
  • Bawang putih (tumbuk lumat)
  • Serbuk ikan bilis
  • Ayam, udang, sotong, fishball atau apa saja yang nal letak
  • Sawi
  • Kobis
  • Serbuk lada putih
  • Telur
  • Garam & perasa
  • Cili api (dititik) - kalau nak lagi kick!

Caranya:-

  1. Tumis bawang putih sampai garing (bukan hangit!)
  2. masukkan ayam, sotong dan segala rencah yang nak letak.
  3. Masukkan pati ikan bilis.
  4. Bila ayam dah masak, masukkan air.
  5. Biarkan mendidih.
  6. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji dalam periuk. 
  7. Perasakan.
  8. Masukkan sayur & mihun. Kalau pakai mee kuning, jangan lama sangat.
  9. Siap!



psssstttt: nampak tak peghiyok lawa tu... cantek kan!!! Yang penting cantek tapi murah.. hehehe... Murah murah pun ok la jugak. Takle ringan bebenor... Boleh le...

CREAM PUFF WITH CREAM CASTARD

Hari ni kerja acara mengupload segala resepi yang ada dalam folder...

Yang ni buat cream puff. Ju pakai icing bag plastik yang pakai buang.. Mayb batter dia mampat, so icing bag tu macam pecah-pecah sikit kat tepi-tepi dia. Terus ju oder silicone icing bag.. Nanti nak buat lagi.. Memang sedap.. Orang lain suma dah buat.. Kita je terkial-kial...


Resepi Ju amik resepi kak Wan kat sini. Aisehman.... Takleh nak kopipes la..  Malasnya la nak taip resepi. kalu sapa-sapa nak try leh lke jenguk umah kak Wan kat atas tu.. kalau rajin nanti Ju taip.

Krim kastard kena doublekan...


AYAM PEDAS KICAP MADU KARAPULAI

Testing.. testing... testing recepi baru... Lauk ni kena manis baru sedap.. Paling sedap makan dengan nasi beriyani... Sapa nak cuba di persilakan... Ju jumpa resepi ni kat umah pn azlina.. Apa lagi cer ler try..



AYAM PEDAS KICAP MADU KARAPULAI

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian
  • 1 bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili kering dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram dan madu, kacau2kan lagi diikuti dengan sedikit garam dan gula, kacau lagi
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato dan kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.





AYAM KICAP BEREMPAH HARUM



Dah bertahun kat dalam folder. Tak upload-upload lagi... Menu entah bilanya.. Layan je la ek... Recipi from cooking bloggers tersayang... TQ allssss...



Ayam Kicap Berempah Harum

bahan-bahan :


  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas (stok xde.. kalau ada sedap nih!!)

Cara-cara :

  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih. 
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak. 








Wednesday, 3 October 2012

AYAM GERANG ASAM ALA NYONYA

Ni kira one of my peberet dish.. Sedap! Resepi dapat fr Chef Ismail years ago.... Cer le try...



AYAM GERANG ALA NYONYA

Bahannya:-

  • 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 2 ulas bawang putih *
  • 6 ulas bawang merah *
  • 1 inci halia *
  • 2 inci ibu kunyit * (* - tumbuk lumat)
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 1 batang serai - titik
  • 2 inci lengkuas- titik
  • 3/4 helai daun limau purut
  • garam & perasa



Caranya:-


  1. Panaskan minyak. maukkan lengkuas & serai yang dititik.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk lumat.
  3. Bila garing masukkan cili kisar. Tumis sampai garing jugak. Garing bukan hitam ek!
  4. Masukkan ayam. Kecutkan ayam.
  5. Masukkan air asam jawa. Tambahkan air.
  6. Biarkan ayam masak. Perasakan.
  7. Siatkan daun limau purut. Masukkan dalam.
  8. Siap!
NOTE:  KALAU ADA BUNGA KANTAN LAGI SEDAP!

Tuesday, 17 July 2012

MEE GORENG BASAH kala hujan lebat....

x
Menu campak-campak time hujan lebat... Alhamdulillah... Dah lama   tak ras sejuk original bkn sejuk air-con mali....



MEE GORENG BASAH MAIN CAMPAK


Bahannya:-


  • 1 peket mee kuning
  • 2/3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 senduk kecil cli kering kisar
  • Isi ayam - potong kecil (suka hati nak banyak mana)
  • Udang (suka hati banyak mana)
  • Fishball
  • Sayur sawi 
  • Kobis
  • Taugeh
  • 1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu besar kicap manis
  • Serbuk perasa/garam
  • 2 biji telur
  • Air dalam 1 cawan

Caranya:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang putih.
  3. Masukkan cili kisar. Goreng hingga garing atau naik minyak.
  4. Masukkan rencah-rencah (ayam dulu, pastu udang & fishball).
  5. Masukkan sos-sos.
  6. Masukkan kicap.
  7. Tambahkan dalam 1 cawan air.
  8. Perasakan. Time ni kena perasakan. Takle bila masuk mee baru nak rasa & adjust bagai. Kang ada yang bonyok mee tu kang...
  9. Bila ok baru masukkan mee & sayur.
  10. Masukkan telur yang dikocok sedikit.
  11. Adjustkan rasanya.
  12. Siap!





Wednesday, 11 July 2012

TEMPOYAK UDANG

Seminggu je lagi nak masuk ke bulan Ramadhan... Niat dihati nak membedal deghoyan tapi sampai ke la ni tak sompek-sompek nak beli.. SIL ada kasi tempoyak sikit & some from my auntie yang tak berusik. Orang kat umah ni takde yang minat tempoyak. Ju sorang je... Nak buat malas. Since mak aa datang, Ju buat le.... lepas le jugak ngidam ni ha... :)
Memang sedap!!!


Bahannya:-


  • Udang basah
  • 2 ulas bawangnputih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 8 batang cili padi (ikut suka)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 3 senduk kecil tempoyak
  • Santan (Ju pakai santan kotak kecil. Tak sampai sekotak)
  • 2 helai daun kunyit (hiris halus)

Caranya:-

  1. Udang dibersihkan. Buang semua kulit. Basuh & toskan.
  2. Baang-bawang, kunyit hidup & cili api dikisar halus bersama sikit air.
  3. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Jerangkan sampai cili masak. 
  4. Bila pekat, masukkan santan, tempoyak & serai. Pastikan api kecik.
  5. Renehkan. Perasakan. Yang ni ikut tekak masing-masing.
  6. Masukkan udang.
  7. Last sekali masukkan daun kunyit.
  8. Siap!

KANGKUNG GORENG BELACAN

x
x
Menu simple...


Bahannya:-

  • 2 ikat kangkung
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 batang cili padi (nak pedas lagi tambah le)
  • 1 inci belacan
  • 1/2 sudu kecil pati ikan bilis

Caranya:-

  1. Petik kangkung. Asingkan daun & batangnya.
  2. Tumbuk lumat bawang, cili & belacan.
  3. Panaskan kuali & minyak dalam 2 sudu besar.
  4. Tumis bahan tumbuk.
  5. Masukkan serbuk ikan bilis.
  6. Masukkan batang. Masak sampai hampir empuk.
  7. Masukkan daunnya pulak. Perasakan. 
  8. Siap!

RENDANG VERSI AYAM VETERAN


Sesekali pekena rendang memang syiok!!! Kalu dapat podeh lagi sodap!!! Macam nak raya la pulak... Tapi masak pakai ayam veteran ni kena sabor... Nak kena merendang lamo sikit!! Kang kalau merendamg kojap je, ada lak yang tercaboik gigi palsu tu kang... haaaaaaa.. sapa nak jawab?



PRUNE BUN

Bun yang super soft. Sedap dimakan dengan air teh O.... Layan gambar dulu ek...



Roti yang memang gebulicious!! Boleh didapati dirumah blogger-blogger... 
Ni Ju kopipes from blok Cik Mat Gebu....

PRUNE BUN

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti
70 gram tepung gandum
6 gram instat yeast
1 camca besar susu tepung
30 gram gula halus
50 gram mentega
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softener
130 ml air
70 ml whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
100 gram prune, hiris kasar

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali mentega, gaul hingga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga lembut dan anjal, jika melekat tabur sedikit tepung. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik, biar 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan on, biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan doh tadi pada 10 bahagian. Ambil satu dan bentukkan bulat seperti bola, susuh dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap.
  3. Perap 45 minit hingga kembang. Bakar dalam oven yang telah dipanasan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan roti dari oven dan sapu mentega atas permukaannya. Kalau suka boleh tabur sedikit gula halus..




Amik stok prune ayahanda Ju.. heheheh...

SAMBAL BELACAN TOMATO


Bahannya:-


  • 4batang cili merah
  • 8 batang vili padi (tambah kalau nak lagi meletop!)
  • 1 biji bawang merah 
  • 1 ibu jari belacan (sukatan ikut jati Ju yang montel ni ek..)
  • 2 biji tomato sedang
Caranya:-

  1. Letak 1 sudu makan minyak dalam kuali.
  2. Cili merah dipatah-patahkan.
  3. Masukkan cili merah, cili padi & baang dalam kuali.
  4. Bila dah layu, keluarkan.
  5. Bakar pulak belacan dalam kuali yang sama. Belacan dihancurkan pakai sudip. Sentiasa tengok-tengokkan belacan, sambil dibalik-balikkan. Kang dah hangit 1 sen pun tak guna!!! 
  6. Tumbuk cili- cili & bawang. Masukkan tomato & belacan. Tumbuk sekali. 
  7. Belacan jangan letak syma terus. Letak le sikit-sikit dulu. Ada belacan yang kuat masinnya. Kang dah masin payah nak adjust. Ju tambah sikit serbuk perasa & gula. 
  8. Kalau kurang masam, tambah le tomato lagi.... Ikut tekak masing-masing le kan...
  9. Siap!

Monday, 9 July 2012

IKAN MASIN TENGGIRI

Perrrrghhhhhhh! Memang terangkat! Tapi jangan balun banyak-banyak ek....



IKAN MASIN TENGGIRI GORENG

Bahannya:-


  • 2 keping ikan potongan ikan tenggiri (dipotong dalam 1/2 inci)
  • Bawang besar - dihiris kasar
  • Cili padi. Kalu nak kick, potong-potongkan. Ju letak seketul-seketul.. Almaklum le ada yang takleh makan cili padi.
Caranya:-

  1. Goreng ikan tenggiri hingga garing. Keluarkam.
  2. Buang minyak ikan. Tinggalkan sikit je.
  3. Goreng bawang & cili padi.
  4. masukkan balik ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.
  5. Siap!

TAUGEH GORENG TIRAM BERTOFU

Menu ni kes nak mengabiskan stok tofu dalam esbok.


TAUGEH GORENG TIRAM BERTOFU

Bahannya:-


  • 1 ulas bawang putih - dihiris halus
  • 2 ulas bawang merah - dihiris halus
  • Taugeh dalam 3 genggam.
  • Udang sikit
  • Tofu Jepun/telur - dipotong dalam 1/2 inci bulat-bulat)
  • Tofu lembut
  • Daun bawang
  • Cili merah
  • 2 sudu makan sos tiram

Caranya:-

  1. Dalam non stick pan, Letakkan sikit minyak. Goreng sekejap tofu Jepun. Keluarkan.
  2. Dalam kuali, tumis bawang-bawang.
  3. Masukkan udang.
  4. Masukkan sos tiram.
  5. Tambahkan air sikit.
  6. Masukkan taugeh & tofu-tofu.
  7. Perasakan.
  8. Masukkan daun bawang & cili yang dihiris.
  9. Siap!

ASAM PEDAS MAK SIRA..

Moodku mengganasss... heeeee... sementara mood ntah dari mana datang ni... baek buat apa yang patut... siap buat sambal belacan bertomato tu!!!! Makan dengan asam pedas, memang meletop! Ada pulak ikan masin.... haaaaaaaa... meleleh tak ayaq lioq??? :D


ASAM PEDAS MAK SIRA

Bahannya:-

  • 4 ketul Ikan tenggiri, parang, ikut suka
  • 5 ulas bawang putih *
  • 7 ulas bawang merah *
  • 1 inci ibu kunyit *
  • 15 bji lada hitam * ( * tumbuk lumat)
  • 1 inci belacan
  • 2 senduk cili kering kisar
  • 1 batang serai (titik)
  • 1 susu kecil serbuk ikan bilis
  • asam jawa
  • 2 biji tomato
  • Terung atau bendi

Caranya:-
  1. Tumis bahan kisar hingga hampir garing. 
  2. Masukkan belacan dan tumis lagi.
  3. Masukkan cili kisar, serbuk ikan bilis dan serai. Tumis hingga garing.
  4. Masukkan sebiji tomato dipotong baji (wedges). Masak hingga layu.
  5. Masukkan air asam jawa.
  6. Masukkan ikan. Tambahkan air.
  7. Renehkan. Perasakan
  8. Masukkan sayur.
  9. Siap!
  1. Petua org tuakalau nak lagi sedap - Bila dah masak. Kecilkan api. Biarkan mereneh.



Sunday, 8 July 2012

ROTI JOHN

Menu simple.. Toksah beli kat pasar malam lagi! Bek buat sendiri... One of kids' peberet recipes... Kalau buat sendiri.. haaaaaaaa hamik ko!!!!! Sikit punya menimbun letak filling. Takle cam beli, yang ada takat teloq je.. kan.. kan.. kan....



ROTI JOHN

Bahannya:-

  • 1 peket daging kisar *
  • 7 biji telur *
  • 1 labu bawang besar didadu *
  • mix vege *
  • garam *
  • perasa *
  • lada sulah * (* satukan)
  • kicap seasoning
  • majerin
  • mayonis
  • cili sos
  • roti hot dog
Caranya:-

  1. Roti hot dog di belah melintang. Jangan sampai putus. Sapu dgn majerin
  2. Dalam non stick pan, letak 1 sudu besar majerin. Digoyangkan pan tu bagi majerin rata.
  3. Sendukkan 1 senduk kecil dalam pan. (Ju letak 2 senduk - muat untuk 2 roti hot dog)
  4. Percikkan kicap seasoning. Jangan banyak sangat.
  5. Bila dah masak, terbalikkan.
  6. Siap!
  7. Ulang semula proses sampai abis.
  8. Dah siap, letak le cili sos & mayonis.


Memang berbaloi bikin sendiri!!

MORNIIIIING!!! SIMPLE BREAKFAST!

Dikala tak tau apa menu for breakfast... Janji stock ada dlm esbok!!