Wednesday, 3 October 2012

AYAM GERANG ASAM ALA NYONYA

Ni kira one of my peberet dish.. Sedap! Resepi dapat fr Chef Ismail years ago.... Cer le try...



AYAM GERANG ALA NYONYA

Bahannya:-

  • 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 2 ulas bawang putih *
  • 6 ulas bawang merah *
  • 1 inci halia *
  • 2 inci ibu kunyit * (* - tumbuk lumat)
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 1 batang serai - titik
  • 2 inci lengkuas- titik
  • 3/4 helai daun limau purut
  • garam & perasa



Caranya:-


  1. Panaskan minyak. maukkan lengkuas & serai yang dititik.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk lumat.
  3. Bila garing masukkan cili kisar. Tumis sampai garing jugak. Garing bukan hitam ek!
  4. Masukkan ayam. Kecutkan ayam.
  5. Masukkan air asam jawa. Tambahkan air.
  6. Biarkan ayam masak. Perasakan.
  7. Siatkan daun limau purut. Masukkan dalam.
  8. Siap!
NOTE:  KALAU ADA BUNGA KANTAN LAGI SEDAP!

No comments:

Post a Comment