Tuesday, 16 October 2012

MIHUN SUP SEMPOI GILER...

Resepi ni from ibu mertuaku.. Dia ada kedai makan. Paling senang & sedap. Kalu rasa lapar tapi malas nak masak yang remeh temeh, try le...


BIHUN SUP SEMPOI GILER

Bahannya-


  • Mihun @ mee kuning @ kuey teow
  • Bawang putih (tumbuk lumat)
  • Serbuk ikan bilis
  • Ayam, udang, sotong, fishball atau apa saja yang nal letak
  • Sawi
  • Kobis
  • Serbuk lada putih
  • Telur
  • Garam & perasa
  • Cili api (dititik) - kalau nak lagi kick!

Caranya:-

  1. Tumis bawang putih sampai garing (bukan hangit!)
  2. masukkan ayam, sotong dan segala rencah yang nak letak.
  3. Masukkan pati ikan bilis.
  4. Bila ayam dah masak, masukkan air.
  5. Biarkan mendidih.
  6. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji dalam periuk. 
  7. Perasakan.
  8. Masukkan sayur & mihun. Kalau pakai mee kuning, jangan lama sangat.
  9. Siap!



psssstttt: nampak tak peghiyok lawa tu... cantek kan!!! Yang penting cantek tapi murah.. hehehe... Murah murah pun ok la jugak. Takle ringan bebenor... Boleh le...

No comments:

Post a Comment