Tuesday, 19 June 2012

LABU MASAK LEMAK PUTIH

Ni pun antara yang sempoi... Main campak-campak jer..



LABU MASAK LEMAK PUTIH

Bahan-bahan:-


  • Labu (ikut suka)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1/2 sudu kecil pati ikan bilis
  • 1 helai Daun kunyit (takde pun takpe)
  • 1 kotak kecil santan (nak pakai santan kelapa pun ok)
Caranya:-

  1. Masukkan 1 1/2 cawan air dalam periuk. Hidupkan api.
  2. hisris bawang kecil dan bawang besar. Campakkan dalam periuk! haaa.... kan dah katanya pun lauk campak-campak!!!
  3. Masukkan pati ikan bilis. Biar mendidih.
  4. Bila mendidih masukkan labu yang telah dipotong.
  5. Masak hingga empuk.
  6. Masukkan santan. Perasakan.
  7. Masak sampai santan mendidih (api jangan besar sangat ye adik maniiiissss).
  8. Masukkan daun kunyit.
  9. Siap!

No comments:

Post a Comment