Hahahahaha!!! Ada berani? Ini burger ana yang punya! Actually kesian sebenornya tengok roti arab tercongok je kat kabinet tak berusik.. Nak tunggu kari mai, ntah bila la pulak... Mood lak kemain "rajin" je memanjang ... Tetiba dapat lak idea bila tengok lately orang sibuk dengan oversize burger. Setelah pias ku menggoogle, dapat le idea. Kidnap resepi sana sikit, sinun sikit... Alhamdullillah sedap! My son sampai cakap, lepas ni tak payah dah beli Zinger Burger KFC..... Siap esok suh buat tuk bekal pi sekolah....
BURGER AYAM
Bahannya:-
- Roti arab - kalu takde roti arab, camana nak jadik King Kong Burger
- Ayam kisar 1 peket
- 1 biji bawang besar didadu
- 1 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
- 1 sudu kecil serbuk bawang
- 1 1/2 sudu kecil serbuk paprika
- 1 1/2 sudu kecil serbuk cayene
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
- 1/2 cawan sebuk roti
- 1/4 cawan susu
Caranya:-
- Satukan serbuk roti & susu.
- Daging kisar dan bahan lain disatukan.
- masukkan serbuk roti yang dah serap susu tadi. (Petua yang Ju dapat - supaya burger tu moist gitew.. Ikut je la kan...)
- Bahagi 2.
- Bulatkan. Tekan sikit bahagian tengah supaya masak rata.
- Bila dah terbalikkan, letak cheese atas burger & tutup dengan aluminium foil (tujuannya - untuk mencairkan cheese)
- Susun le macam burger yang kita selalu makan tu...
- Siap!!!!
No comments:
Post a Comment