Thursday, 28 June 2012

CHAR KUEY TEOW SEMPOI

Ni resepi main campak-campak... Taugeh pun ilek!!!! Apa pum mabeles (masuk bakul angkat sendiri)... :)


CHAR KUEY TEOW SEMPOI

Bahannya:-


  • 1 bungkus kuey teow.
  • 1 kilo kerang (direbus & diambil isinya)
  • Udang
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 senduk cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar sos tomato.
  • 2 biji telur.
  • Daun kucai
  • Taugeh (takde)
  • Perasa
  • Kicap manis cap kipas udang
  • 1 1/2 cawan air

Caranya:-

  1. Tumis bawang putih.
  2. Masukkan cili kisar. Goreng garing.
  3. Masukkan Udang.
  4. Masukkan sos tiram & tomato.
  5. Masukkan air. Tambahkan kicap manis. Perasakan. Ju slalu tak letak garam pasal Ju suka rasa manis-manis sikit.
  6. Masukkan kuey teow.
  7. Pecahkan telur dalam kuali. Gaulkan.
  8. Masukkan daun kucai & taugeh. Tutup api.
  9. Siap!



macam biasa - nanti update... poslaju gamba je dulu ek...

No comments:

Post a Comment