Thursday, 20 December 2012

AYAM MASAK RENDANG MINANG



Mertuaku nak ke sini kejap lagi... So ku masakkan le lauk ni. Peberet en. suami jugak ni... Dulu terkial-kial nak masak rendang. Sekarang kira dah expert. Lengkuas jangan letak banyak sangat nanti maung. Bila tengah masak tu, kalau rasa kurang lengkuas, titikkan lagi lengkuas. Kita adjust le.. tak gitew...


AYAM MASAK RENDANG MINANG

Bahannya:-

  • Sekor ayam -di potong kecil & basuh bersih
  • 2 ulas bawang putih *
  • 8 ulas bawang merah *
  • 2 inci lengkuas *
  • 2 inci ibu kunyit *
  • 10 - 20 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing) *
  • 10 biji lada hitam  * (* dikisar halus)
  • 1/2 senduk cili kering kisar (nak bagi color rendang tak pucat)
  • 3 batang serai dititik
  • 1 1/2 biji kelapa parut (amik santan pekat)
  • 2 helai daun kunyit
  • Kerisik (option)
Caranya:-
  1. Masukkan ayam dalam kuali.
  2. Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar.
  3. Masukkan santan pekat dan serai.
  4. Masak atas api sederhana perlahan. (Untuk mengelakkan ayam daripada hancur terus masukkan 1/4 sudu kecil garam)
  5. Masak sampai santan berkurang dan ayam masak.
  6. Perasakan. 
  7. Masukkan kerisik. Takde pun ok jugak.
  8. Masak sampai kerisik naik minyak.
  9. Masukkan daun kunyit yang dihiris halus.
  10. Siap!


1 comment:

  1. Slots - Slot Machines - DrMCD
    If the name you've ever 경상남도 출장마사지 heard of, Slots is 목포 출장안마 a fun-filled video game 서울특별 출장샵 on the web that plays out like a modern slot machine. 동두천 출장마사지 It is 부산광역 출장마사지 a

    ReplyDelete