Monday, 9 July 2012

TAUGEH GORENG TIRAM BERTOFU

Menu ni kes nak mengabiskan stok tofu dalam esbok.


TAUGEH GORENG TIRAM BERTOFU

Bahannya:-


  • 1 ulas bawang putih - dihiris halus
  • 2 ulas bawang merah - dihiris halus
  • Taugeh dalam 3 genggam.
  • Udang sikit
  • Tofu Jepun/telur - dipotong dalam 1/2 inci bulat-bulat)
  • Tofu lembut
  • Daun bawang
  • Cili merah
  • 2 sudu makan sos tiram

Caranya:-

  1. Dalam non stick pan, Letakkan sikit minyak. Goreng sekejap tofu Jepun. Keluarkan.
  2. Dalam kuali, tumis bawang-bawang.
  3. Masukkan udang.
  4. Masukkan sos tiram.
  5. Tambahkan air sikit.
  6. Masukkan taugeh & tofu-tofu.
  7. Perasakan.
  8. Masukkan daun bawang & cili yang dihiris.
  9. Siap!

No comments:

Post a Comment