Thursday, 12 April 2012

SOTONG GORENG BELACAN

Antara resipi sempoi yang sedap khas untuk orang yang moodnya tenggelam timbul. CMG punya resipi ni. Lately antara my hobby bila time free, Ju suka collect al the recipe and keep in my tab. Bila takde idea nak masak.... haaaaaaaa pilih je mana yang berkenan.. Thank you sooooo much to all the bloggers yang baik hati share the recipes. Hanya Allah sahaja yang membalasnya.


Ju kopipes from cik mat. Time kasih Cik Mat.. Jasamu akan sentiasa dikenang...

SOTONG GORENG BELACAN

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor sotong saiz besar
2 biji cili hijau, hiris serong
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar sos tiram
1/2 inci belacan + 2 camca besar air = larutkan
Sedikit air, untuk kuah
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Sotong dibersihkan, asingkan kepala dari badan, buang mata dan paruh sotong, manakala badan sotong potong gegelang, cuci sekali lagi dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan cili hijau, kacau rata hingga layu. Masukkan sos tiram dan belacan tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan sotong, masak hingga sotong berubah warna, tuang air dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segeran bersama nasi hangat..


note to myself: Ju tambah sikit sos tomato.


No comments:

Post a Comment