Saturday, 12 May 2012

SAMBAL TELUR

Hubby's favourite.




SAMBAL TELUR

Bahan-bahan:-


  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 1 senduk cili kisar
  • 2 biji telur
  • asam jawa
  • garam & perasa

Caranya:-

  1. Bawang putih & bawang merah ditumbuk lumat.
  2. Tumis bahan tumbuk sampai garing.
  3. Masukkan belacan.
  4. Masukkan cili kisar.
  5. Tumis sampai garing. Sambil tu letak perasa & garam (jangan banyak sangat, kalu kurang boleh adjust... Kalau terlebih.. wassalam!)
  6. Masukkan sikit air asam jawa.
  7. Perasakan.
  8. Tambahkan dalam 1/2 cawan air. 
  9. Bila mendidih, kecilkan api.
  10. masukkan telur sebijik-sebijik.
  11. Biarkan sampai telur masak.
  12. Kalau terlampau kering tambahkan air panas atau air masak.
  13. Siap!
  14. Letak perasa & garam


No comments:

Post a Comment