Friday, 18 May 2012

MOIST BROWNIES

Requested by my son for his teachers. Since mood ala-ala je, terjumpa le this simple recipe kat umah fiza.. Memang easy peasy! Tutup mata pun boleh buat. Texture dia nak kata cam brownies pun tak le sangat. More to cake texture I supposed. First2 tu banyak jugak le cengkadak anak jantan sorang ni.... Yang ni tak sedap le. Baik yang keras tu la... Tapi bila makan, ok je dia NGAP! Ye la dah buh topping bagai kan. Tapi memang sedap le. Thanx fiza.

MOIST BROWNIES

Ju kopipes je la....


Bahan2

(A) - Sebatikan
1 cwn susu cair
1 cwn butter yg dicairkan (aku pakai minyak kelapa & kurangkan pada 3/4 cwn)
1 cwn air panas
2 cwn gula perang

(B) - Adun sebati
2 biji telur (gred B)
1 st esen vanila

(C) - ayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 st baking powder
1st soda bikabonat

Cara2
1) Panaskan oven 175c - 10 minit
2) Sebatikan semua bahan A. Tuang bahan B dan sebatikan. Masukkan bahan C. Aku tak gunakan mixer, sekadar guna whisker saje...
3) Alas loyang 10x10cm dengan kertas minyak yg telah digris dengan marjerin. 
4) Bakar 40-45 minit (hingga masak).


Topping:
  • 250gm cooking chocolate
  • 1 sudu besar butter/majerin
  • 1 sudu besar susu 
Caranya:-
  1. Cairkan coklat guna cara double boiler.
  2. Bila cair, masukkan butter/majerin.
  3. Masukkan susu cair. Bila masukkan susu coklat jadi likat. Kena sapu kat brownies cepat-cepat.




Macam biasa.... layan gambar dulu ek....

No comments:

Post a Comment