Monday, 21 May 2012

LAUK CAMPAK-CAMPAK: SOTONG MASAK KICAP

One of the simple menu yet delish!!!!!! Tak percaya ke? Cer try cer try! Tutup mata pun leh buat.  Tak pun leh buat sambil baring!


SOTONG MASAK KICAP

Bahan-bahan:-

  • 4 ekor sotong segar. Dicuci bersih. Segala daki dibuang! Dipotong bulat.
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 biji bawang besar * (* - dihiris)
  • Cili padi - seketul-seketul. Kalau nak terasa pedasnya, ketukkan sikit cili padi tu. Baru terangkat!
  • Kicap pekat manis (cap ayam)
  • Kicap manis  (cap kipas udang)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Perasa (sapa yang tak main serbuk perasa leh je omit)

Caranya:-

  1. Tumis bahan hiris.
  2. Masukkan cili padi
  3. Masukkan sotong.
  4. Masukkan kicap pekat, kicap manis & sos tomato.
  5. Perasakan.
  6. Siap!




No comments:

Post a Comment