SINGGANG CILI PADI
Bahan-bahan:-
Ikan tenggiri
Tumbuk lumat:
6 biji cili padi
1 inci ibu kunyit
Serai - di titik
Kiub ikan bilis KNORR
Air asam jawa
Air (agak-agak)Cara-cara:-
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak dan perasakan. Bila ikan masak. Perlahankan api dan renehkan. Ini untuk memastikan rasanya meresap kat ikan tu.
2nd menu - Improvised suka hati. In the recipe, dia kata letak cili padi tapi sian la pulak en. suami yang tak boleh nak makan pedas. Menu 2 in 1. Bila mood haru biru ni, kalau boleh nak masak all in 1 je... kan... kan....
AYAM REMPAH BERKICAP
Bahan-bahan:-
Ayam (potong ikut suka)
3 bawang putih *
5 bawang merah *
1/2 inci halia *
5 biji cili merah *
3 biji cili hijau *
3 biji cili padi (pasal orang kat umah tak leh makan pedas sangat. Nak pedas, tambahkan je) *
(* - di blend)
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 cawan air
air asam
kicap manis
secekak kacang buncis
Cara-cara:-
- Ayam dilumur serbuk kunyit dan garam sikit. Goreng jangan garing. Toskan.
- Tumis bahan blend sampai garing. Masukkan rempah-rempah. Tumis sampai wangi.
- Maukkan air. Biar pecah minyak. Masukkan kacang buncis dan ayam. maukkan kicap manis. Perasakan.
- masakkan seketika. Siap untuk dihidang
No comments:
Post a Comment