Thursday, 12 April 2012

IKAN TENGGIRI SINGGANG @ ASAM REBUS


Nama tak sama tapi serupa jugak!. Ada macam-macam version asam rebus ni..This time letak lengkuas. Kalau perut tahan, tambah le cili padi bagi kick sikit! Kalau ikut perut Ju ni, Ju suka pedas giler tapi aa orang kat rumah tak boleh makan pedas. Takkan le nak masak sampai 2 resepi yang sama kan.. kan.. kan.. Itulah pengorbanan namanya... hik hik hik..
Macam biasa will update the recipe later...


ASAM TENGGIRI SINGGANG BERLENGKUAS

Bhan-bahan:

Ikan tenggiri (byk ikut suka)

Bawang merah
Bawang putih
Halia 1 inci
Lengkuas 1 inci
Cili padi (ikut rasa)
* di blender

1 Kiub ikan bilis
Asam keping

Serai - titik
Bendi
Tomato

Cara-cara:


  • Masukkan ikan yang telah dibersihkan dalam periuk.
  • Masukkan bahan blender, serai, kiub ikan bilis & asam keping.
  • Masakkan atas api sederhana.
  • Perasakan.
  • masukkan bendi dan tomato.
  • Siap untuk dimakan.



SOTONG GORENG BELACAN

Antara resipi sempoi yang sedap khas untuk orang yang moodnya tenggelam timbul. CMG punya resipi ni. Lately antara my hobby bila time free, Ju suka collect al the recipe and keep in my tab. Bila takde idea nak masak.... haaaaaaaa pilih je mana yang berkenan.. Thank you sooooo much to all the bloggers yang baik hati share the recipes. Hanya Allah sahaja yang membalasnya.


Ju kopipes from cik mat. Time kasih Cik Mat.. Jasamu akan sentiasa dikenang...

SOTONG GORENG BELACAN

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor sotong saiz besar
2 biji cili hijau, hiris serong
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar sos tiram
1/2 inci belacan + 2 camca besar air = larutkan
Sedikit air, untuk kuah
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Sotong dibersihkan, asingkan kepala dari badan, buang mata dan paruh sotong, manakala badan sotong potong gegelang, cuci sekali lagi dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan cili hijau, kacau rata hingga layu. Masukkan sos tiram dan belacan tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan sotong, masak hingga sotong berubah warna, tuang air dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segeran bersama nasi hangat..


note to myself: Ju tambah sikit sos tomato.


Tuesday, 10 April 2012

MORNING!... NASI LEMAK TUMIS

sorry... telur tu tsersopak la pulak.....

Prepared nasi lemak tumis. supposed nak buat color hijau. Tapi my youngest siap cakap "ibu nak buat color hijau macam ni ke? pakai pewarna kan? Cikgu cakap tak elok pakai pewarna! Kalu color hijau adik tak nak makan...".... Adoooooi..... baru ingat nak buat cantek-cantek... At the end Ju letak sikit je pandan essence tu.... Tak le berapa nampak kehijauannya...
Ju buat jugak rendang minang berkuah.

Nasi lemak tu patutnya nak dialas daun pisang tapi hujan la pulak.... Tak kuasa nak keluar kerat daun pisang...

Resepi nasi lemak akan terdapat dimana-mana blog> Dah macam blog berangkai pulak... apa-apa pun sedap... Time kasih kepada empunya resepi.

NASI LEMAK TUMIS

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.




nampak sangat la pulak telur sopak tu. hentam je la. menu breakfat cum lunch.... heheeee

Monday, 9 April 2012

PARI BAKAR

For dinner tonite. As usual jumpa kat blog orang. Yummy!!! This time jumpa kat umah dayang jack. Lagipun ni acara nak menghabiskan bunga kantan yang ada tu...


Ju kopipes fr DJ. TQ DJ!!

Pari Bakar Berempah Harum
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 2 ketul ikan pari (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil (boleh juga dibalut dengan daun pisang). Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Semasa menghidang, perahkan ikan dengan sedikit jus limau kasturi atau limau nipis. Sedaaaap!


SWEET POTATO DONUT - 1ST EVER IN DONUT MAKING!!!!

Peeerrrrrrrgggghhhhhh!!!! Menjadiiiik!!!! Peghak sungguh kan! Yelah dah tuan tanah kedaung ni tak pernah mendonut seumur hidup!. Malas pun nak mendonut sebenarnya since SIL memang terror mendonut. kalu nak donut, makan dia punya jeee... Mana-mana pergi pun tak pernah jumpa donut sehebat SIL punya... Betul! Tak tipu!!! 

Dah lam teringin benor nak mendonut. Since aritu ada beli keledek purple.. Ku teruskan jua perjuangan ku ini.    Sib bek ada bread maker. Tangan ni memang tak tahan menguli. Donut SIL tu, dia pakai tangan je.. Hebat kan... Jumpa resipi ni kat umah izah. Memang betul le kata anak-anak Izah "donut paaaaaaaaaaaaling sedap!". Budak-budak kan tak pandai menipu.... TQ izah for the resipi. 



Resipi ju kopipes from Izah.


DONUT KELEDEK JEPUN
olahan dari donut kentang kak 1
by: izah 

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang *izah guna keledek jepun
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :





1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.



Next time kena kurangkan gula tu.. Ada lak yang kena potong kaki kang!!!

Sunday, 8 April 2012

LAKSA

My peberet nih!!! Kalau ada & menepati citarasa tekak ni, seperiuk pun boleh abis dlm sehari. Kalu beli kat pasar malam or mana-mana kedai, kejap ok. Esok beli tak ok pulak... Tu yang letih tu.... Lgipun hari tu ada pakcik hantar bunga kantan. Banyak tu! Sayang pulak simpan lama-lama. Kang naik hitam. Bila dah hitam ke tong sampah le jawabnya. Mood tengah ada, baik buat cepat-cepat! kan.. kan... kan....

Nanti Ju update my style punya resipi. & of course melambak resipi laksa kat tenet....



LAKSA

Kuah: (nanti le update... tak larat lak mata ni....)


nampak tu... banyak kan.. tu pun dah tunggal separuh...


AYAM PERCIK PERAK

Kira one of my fav recipes. Rasanya resipi Chef Wan. Tak ingat la pulak. As usual will update the recipe late.