Tuesday, 16 October 2012

MIHUN SUP SEMPOI GILER...

Resepi ni from ibu mertuaku.. Dia ada kedai makan. Paling senang & sedap. Kalu rasa lapar tapi malas nak masak yang remeh temeh, try le...


BIHUN SUP SEMPOI GILER

Bahannya-


  • Mihun @ mee kuning @ kuey teow
  • Bawang putih (tumbuk lumat)
  • Serbuk ikan bilis
  • Ayam, udang, sotong, fishball atau apa saja yang nal letak
  • Sawi
  • Kobis
  • Serbuk lada putih
  • Telur
  • Garam & perasa
  • Cili api (dititik) - kalau nak lagi kick!

Caranya:-

  1. Tumis bawang putih sampai garing (bukan hangit!)
  2. masukkan ayam, sotong dan segala rencah yang nak letak.
  3. Masukkan pati ikan bilis.
  4. Bila ayam dah masak, masukkan air.
  5. Biarkan mendidih.
  6. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji dalam periuk. 
  7. Perasakan.
  8. Masukkan sayur & mihun. Kalau pakai mee kuning, jangan lama sangat.
  9. Siap!



psssstttt: nampak tak peghiyok lawa tu... cantek kan!!! Yang penting cantek tapi murah.. hehehe... Murah murah pun ok la jugak. Takle ringan bebenor... Boleh le...

CREAM PUFF WITH CREAM CASTARD

Hari ni kerja acara mengupload segala resepi yang ada dalam folder...

Yang ni buat cream puff. Ju pakai icing bag plastik yang pakai buang.. Mayb batter dia mampat, so icing bag tu macam pecah-pecah sikit kat tepi-tepi dia. Terus ju oder silicone icing bag.. Nanti nak buat lagi.. Memang sedap.. Orang lain suma dah buat.. Kita je terkial-kial...


Resepi Ju amik resepi kak Wan kat sini. Aisehman.... Takleh nak kopipes la..  Malasnya la nak taip resepi. kalu sapa-sapa nak try leh lke jenguk umah kak Wan kat atas tu.. kalau rajin nanti Ju taip.

Krim kastard kena doublekan...


AYAM PEDAS KICAP MADU KARAPULAI

Testing.. testing... testing recepi baru... Lauk ni kena manis baru sedap.. Paling sedap makan dengan nasi beriyani... Sapa nak cuba di persilakan... Ju jumpa resepi ni kat umah pn azlina.. Apa lagi cer ler try..



AYAM PEDAS KICAP MADU KARAPULAI

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian
  • 1 bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili kering dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram dan madu, kacau2kan lagi diikuti dengan sedikit garam dan gula, kacau lagi
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato dan kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.





AYAM KICAP BEREMPAH HARUM



Dah bertahun kat dalam folder. Tak upload-upload lagi... Menu entah bilanya.. Layan je la ek... Recipi from cooking bloggers tersayang... TQ allssss...



Ayam Kicap Berempah Harum

bahan-bahan :


  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas (stok xde.. kalau ada sedap nih!!)

Cara-cara :

  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih. 
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak. 








Wednesday, 3 October 2012

AYAM GERANG ASAM ALA NYONYA

Ni kira one of my peberet dish.. Sedap! Resepi dapat fr Chef Ismail years ago.... Cer le try...



AYAM GERANG ALA NYONYA

Bahannya:-

  • 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 2 ulas bawang putih *
  • 6 ulas bawang merah *
  • 1 inci halia *
  • 2 inci ibu kunyit * (* - tumbuk lumat)
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 1 batang serai - titik
  • 2 inci lengkuas- titik
  • 3/4 helai daun limau purut
  • garam & perasa



Caranya:-


  1. Panaskan minyak. maukkan lengkuas & serai yang dititik.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk lumat.
  3. Bila garing masukkan cili kisar. Tumis sampai garing jugak. Garing bukan hitam ek!
  4. Masukkan ayam. Kecutkan ayam.
  5. Masukkan air asam jawa. Tambahkan air.
  6. Biarkan ayam masak. Perasakan.
  7. Siatkan daun limau purut. Masukkan dalam.
  8. Siap!
NOTE:  KALAU ADA BUNGA KANTAN LAGI SEDAP!