Adoooooooiiiiiiiii... dah terperam lama the recipe. Tak leh nak upload.. Broadband wat hal. I cooked last Friday!! I'ts almost a week!!! Dah abis pun!! Dah jadik "uk-uk" pun!! Tension akak!!
Back to the recipe. It's in my personal recipe compilation book. I forgot from where I got it... Anyway it's soooo delish!! Sedap hingga menjilat jari kaki.. Wa tell luuuuuu!!!.... TQVM to empunya resipi. Ada rasa cam rendang.. Cer le try..
RECIPE: GULAI AYAM JAWA
Bahan-bahan:
Ayam seekor. Potong ikut suka.
Bahan kisar:
10 tangkai cili merah
9 tangkai cili padi (nak pedas, sila tambah)
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
1 sudu besar ketumbar biji
3 cm kunyit hidup
450 ml santan pekat
3 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
3 batang serai - dititik
3 cm lengkuas - diketuk
asam gelugur
Cara-cara:
Tumis minyak. Masukkan serai dan lengkuas. Masukkan bahan kisar. Masak hingga garing. Masukkan ayam. Biarkan kecut. Masukkan santan dan asam gelugur. Masak hingga pekat. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan.
Lauk sampingan last Friday......
Taugeh Goreng
No comments:
Post a Comment