Sunday, 27 October 2013

COMFORT FOOD ON RAINY DAY...

Fuuuh.. fuuuuhhh... acara meniup sesawang dalam blog ni. Sib bek takde binatang boleh masuk dlm blog. Kalau tak harus penuh dgn bangkai binatang... heeee

Alhamdulillah.. syukur diberikan peluang olehNya bernafas lagi.... Ni nak update menu petang semalam di kala hujan lebat... Lempeng bodo bersama sambal kosong jer...Memang mabeles!!!!




Nanti Ju update resipi ye.. alaaa.. lempeng bodo je pun..

posted from Bloggeroid

Thursday, 20 December 2012

AYAM MASAK RENDANG MINANG



Mertuaku nak ke sini kejap lagi... So ku masakkan le lauk ni. Peberet en. suami jugak ni... Dulu terkial-kial nak masak rendang. Sekarang kira dah expert. Lengkuas jangan letak banyak sangat nanti maung. Bila tengah masak tu, kalau rasa kurang lengkuas, titikkan lagi lengkuas. Kita adjust le.. tak gitew...


AYAM MASAK RENDANG MINANG

Bahannya:-

  • Sekor ayam -di potong kecil & basuh bersih
  • 2 ulas bawang putih *
  • 8 ulas bawang merah *
  • 2 inci lengkuas *
  • 2 inci ibu kunyit *
  • 10 - 20 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing) *
  • 10 biji lada hitam  * (* dikisar halus)
  • 1/2 senduk cili kering kisar (nak bagi color rendang tak pucat)
  • 3 batang serai dititik
  • 1 1/2 biji kelapa parut (amik santan pekat)
  • 2 helai daun kunyit
  • Kerisik (option)
Caranya:-
  1. Masukkan ayam dalam kuali.
  2. Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar.
  3. Masukkan santan pekat dan serai.
  4. Masak atas api sederhana perlahan. (Untuk mengelakkan ayam daripada hancur terus masukkan 1/4 sudu kecil garam)
  5. Masak sampai santan berkurang dan ayam masak.
  6. Perasakan. 
  7. Masukkan kerisik. Takde pun ok jugak.
  8. Masak sampai kerisik naik minyak.
  9. Masukkan daun kunyit yang dihiris halus.
  10. Siap!


Friday, 14 December 2012

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE





Sebenarnya ini kisah kesinambungan cerita ku terembat banboo steamer aritu.. Tak sabor nak buat acara pecah dara bamboo steamer ku ini. Dan kebetulan pulak nak bagi sikit goodies pada client kami. Stok cheese ada dalam peti es. Ku teruskan projek ni. Excitednya lebih pada nak merasmikan steamer tu..
Resepi apat dari blog kak yatie. Ta[i entah macamana macam lambat lak nak masak kek ni. Too moist also... Tak tau le apa salahnya. Yang penting memang meletop! Kalari dia jugak meletop you!!!!! Heeeeee.. Dah tertelan, nak buat camna....


Resepi Ju kopipes dari kak Yatie. Time kasih banyak ye kak...

Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit. (Ju kukus lebih dari 20 minit)
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit. (Ju kukus 20 minit)
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit. (Ju kukus lebih dari 20 minit)
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.




KU TEREMBAT....



Kalau orang lain gila shopping handbag, baju & kasut. Ju lain pulak ceritanya... Pantang nampak kedai jual perkakas dapur, kompom ada yang terembat. Ditengahari yang mendung suram, sementara menunggu satu urusan kerja, kaki ku 'ter'langkah masuk ke kedai.. apa ke namanya entah... Kalau ikutkan hati macam-macam mende nak ku rembat. Nasib baik cash in hand tak banyak, kalau tak satu kedai ku borong! 

Seperti biasa... "Nak beli ni lah... Ishhhhh kang tak cukup pulak nak beli yang ni... ".. Macam biasa dengar je kan... Antara tersenarai dalam wishing list, paella pan (kunun nak beli, tapi dok pikir nak masak apa ek, selain paella?) Best woooooo!!! Kalau dah beli macam-macam boleh masak dalam tu!!!... Pastu nampak copper bowl yang ada telinga macam Chef Wan selalu guna.. Yang kecik tu dekat 200 hengget!!! Ishhhkkk... memang le tak bawak duit banyak tu!! Pusing punya pusing, lastly ku rembat Bamboo Steamer yang dulu telah ku intai-intai... heeeee... Tapi kedai ni mahey sikit. Kalau pandai pegi tempatnya dapat murah sikit kot.. Body dengan penutupnya sama rega! Boleh ke gitew... Kalau ada rejeki nak rembat body lagi satu.. Leh le buat steamer bertingkat... Dan inilah hasil tangkapan ku itew...

jeng.. jeng....
.
.
.
.
.
.
.


Thursday, 13 December 2012

CROISSANT WITH EGG MAYO versi apa yang ado kat pantry...


Morniiiiiing!!!! Hajat dihati nak buat croissant tapi nengok apa stok croissant beli kat Giant melambak-lambak. Terpaksa ditangguhkan dulu projek croissant ku.. Croissant yang menjadi peberet ku datang dari Dunkin Donut. Reganya dekat 4 hengget seketul. Tu croissant kosong je tu... Askar kat umah kang bukannya makan seketul. Mau lebeh!! Pasal tu le nak memojek croissant.. Tapi entah bila la tak dapat nak kata... Tunggu je la....

Tak tau nak buat apa for breakfast.. Hentam je la. Jadik le sandwich kosong. Salad pun takde. Yang penting simple tapi meletop! Kalu dapat croissant Dunkin Donut lagi le best!!!




CROISSANT WITH EGG MAYO

Bahannya:-
  • Roti croissant
  • Telur (rebus - hard boil) berapa banyak roti yang ada
  • mayonis
  • garam
  • lada sulah
  • salad (takde stok)
Caranya:-
  1. Telur rebus tu di hancurkan.
  2. Gaulkan bersama mayonis, lada sulah & garam.
  3. * Garam jangan letak banyak. Kang termasin susah nak adjust.
  4. Croissant belah 2 jangan putus.
  5. Sapukan majerin tengah.
  6. Letak egg mayo.
  7. Letakkan salad.
  8. Siap!


AYAM BERSOS TIRAM




Ni menu paling sempoi. Kira main campak-campak. Ju rasa la kan, patutnya blog ni kena bagi nama Campak-campak Blog baru le sesuey.. Abis kalu dah almost the recipes ala campak-campak je kan.. kan...

Lupa lah pulak mana dapat resepi ni. Rasanya dari magazine... Kepada sesiapa empunya resepi, time kasih banyak. Ku hargai resepi campak-campak ni...

AYAM BERSOS TIRAM

Bahannya:-

  • Sekor ayam - dipotong kecik
  • Sesenduk kecil cili kering kisar.
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 2 labu bawang besar * (* dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 5 sudu makan kicap manis
  • Cili padi
  • Daun bawang (takde stok)

Caranya:-
  1. Ayam tu di tabur garam dan serbuk lada hitam sikit. (Goreng dengan miyak yang sikit sekejap je)
  2. Bekas minyak tadi tumis cili kisar hingga garing.
  3. Masukkan bahan hiris bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
  4. Masukkan ayam tadi.
  5. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
  6. Tambahkan air. Perasakan.
  7. Bila ayam dah masak, masukkan cili padi seketul-seketul. Kalu nak pedas, titikkan cli padi tu.
  8. Siap!

FENOMENA TERKINI - DURIAN CREPE


Mana-mana blog asik jumpa bende alah ni je... Mau tak nak mencuba!! To those yang memang hantu durian, memang suka bangat le. Kita ni ala-ala je. Boleh la. Makan seketul. Kids pun tak berapa sangat. Muak katanya... Apa-apa pun ni le hasilnya yang ku jumpa kat blog kak ita. Time kasih banyak ye kak.


Resepi Ju kopipes dari Kak Ita.

DURIAN CREPE WITH CREAM CUSTARD FILLING

CREPE

40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste 


Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.


CREAM CUSTARD FILLING

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~  tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. 
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental. 

CREAM CUSTARD FILLING

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~  tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. 
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental. 

  Terlupa la pulak nak buat pot mortem.

CREAM CUSTARD FILLING

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~  tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.  
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla 
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental. 

CARA PENYEDIAAN

Kepingan crepe ~ secukupnya
Krim Kastard ~ secukupnya
Isi durian ~ secukupnya

Letakkan sekeping crepe
Letakkan krim kastard di atasnya
Kemudian letakkan isi durian
Tutup kembali denga krim kastard
Lipat seperti kita melipat sampul surat
Buat sehingga habis
Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin