Monday, 30 April 2012

SAMBAL IKAN BILIS KERING


Memang favourite the king kat umah ni.. Termasuk le rakyat jelata kat istana takeshi ni....



SAMBAL IKAN BILIS KERING

Bahan-bahannya:-


  • Ikan bilis putih. Jangan beli yang kelabu asap, liat nanti dek noooon.. 
  • 1 biji bawang putih *
  • 6 biji bawang merah * (* tumbuk)
  • 1 inci belacan
  • 1 senduk cili kisar
  • air asam jawa
  • gula, garam & perasa

Caranya:-

  1. Tumis ikan bilis sampai garing. Ketepikan.
  2. Tumis bahan tumbuk sampai garing.
  3. Masukkan belacan.
  4. Masukkan cili kisar.
  5. Masak sampai garing.
  6. Masukkan air asam jawa sikit.
  7. Perasakan. kena ada rasa masam, masin & manis sikit.
  8. Bila rasa dah mabeles. Tutup api. Biarkan dia sejuk kejap.
  9. Baru gaulkan ikan bilis yang dah digoreng tadi.
  10. Tujuannya tak nak ikan bilis lemau.
  11. Siap!




SUP TELUR BEREMPAH

As usual, layan gambar dulu, will update later.... 
Resepi dari cik mat. Terima ksih banyak cik mat. Memang sedap!


Resepi Ju kopipes Cik Mat jer...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred C (atau gred B)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan belah 8 setiap biji, rendam
1/2 batang lobak merah saiz sederhana, kupas dan potong berbaji (stok takde)
1/2 cekak soo hoon
1 kiub ayam Maggi
1 bungkus sup bunjut adabi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 keping cendawan black fungus, cuci dan hiris (stok takde)
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, dihiris
1.5 liter air
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan halia hingga harum. Masukkan kentang (toskan) dan gaul rata. Masak sekejap dan masukkan pula lobak merah, gaul, dan tuang air dan sup bunjut.
  2. Tambah kiub ayam dan biar mendidih hingga kentang empuk. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dalam periuk, pastikan ia tidak bertindih satu sama lain. Masak hingga telur masak.
  3. Tambah soo hoon, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur daun sup...



Thursday, 26 April 2012

CHOCOLATE BANANA CHIFFON CAKE


From the over riped bananas.


aiseh.... lupa la which recipe..... sorry ek



More chiffon after this. Do you notice the height of the cake... ngeh.. ngeh.. (showing off).. jangan mare haaaaaaa....






Tuesday, 24 April 2012

1ST ATTEMPT..... ehhhhhh.. 2ND ATTEMP IN CHIFFON MAKING!!!!! - CREAM CHEESE CHIFFON CAKE

Yuhuuuuuuuuuuu!!!!... I did it! It's been a while since I made the chiffon cake! & of coz I failed! Now I know why I failed... Ghopanya chiffon cake mould tu Ju pi bubuh butter... hik hik hik... Psl ikut fr buku takde lak instruction... JGN SESEKALI LETAK BUTTER KAT MOULD TU......


Recipe was adapred from baking mum.
Thank you for the lovely recipe.

Ingredients 
A: 
60g milk 
40g cream cheese 
25g butter 

B: 
65g flour (sifted) 

C: 
4 egg yolks 

D: 
4 egg whites 
90g sugar 
pinch of salt 
1/8 tsp cream of tartar 

Method 
1. Preheat oven 170˚C. 

2. Cook (A) over double-boiler until well blended and thickens. Remove from double-boiler and let it cool down. 

3. Add (C) into cooled down cheese mixture and mix until well combined. 

4. Fold in (B) and mix until smooth. 

5. Beat egg whites until frothy, add cream of tartar and beat till soft peaks. Add salt and sugar and beat till stiff peaks. 

6. Fold 1/2 of the egg whites into cheese mixture, gently with a rubber spatula until just blended. 

7. Pour cheese mixture (step 6) into the rest of egg whites, fold it gently with rubber spatula until blended. 

8. Put batter into a 9-inch chiffon cake pan, bang the pan on a hard surface to release the bubbles and bake for 35 - 40 minutes. 

9. When the cake is cooked, invert the cake to cool. Remove the cake from the cake pan when it is completely cool


alamak... terblurr la pulak gambo ni....


photo before baking.




mabeles!!!



Wednesday, 18 April 2012

AYAM SAMBAL SERAI

Memang peberet anak-anak ni....Jom layan gambo dulu ek....


AYAM SAMBAL SERAI

Bahannya:-

  • Sekor ayam dipotong kecil. Gaulkan dengan garam & kunyit.
  • 2 ulas bawang putih. *
  • 2 labu bawang besar *
  • 7 biji cili merah *
  • 10 biji cili padi *
  • 2 batang serai * (* di kisar )
  • 1 batang serai (dititik)
  • Daun limau purut. (terlupa nak masuk)
Caranya:-
  1. Ayam digoreng separuh masak (api perlahan - taknak bagi ayam keras)) 
  2. Gunakan bekas goreng ayam. Goreng bahan kisar & serai titik sampai garing.
  3. Perasakan.
  4. Masukkan daun limau purut.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. gaulk sebati.
  6. Siap!


 

Saturday, 14 April 2012

TODAY IN HISTORY!!!! WHAT A DAY!!!! - BINGKA ROTI BUTTESCOTCH

Selepas dipujuk SIL, masuk jugak ke minor competition ni. Theme - menu yang berasaskan roti. Tq so much to  kak ita. for the recipe. Dapat no. 3. Jadik le... Heheheh.... Patut kena bagi royalti kat kak Ita ni.... hehehehe...


Menu yang agak kontroversi jugak le. Ada orang yang menanya "Mana rotinya?".... Rotinya dah kena blender le cik kiah ooooiiiiiii.... hehehe....


KUIH BAKAR ROTI HARUM PANDAN

6 keping roti Butterscotch
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
4 biji telur
5 helai daun pandan
1 cawan air
2 sudu makan minyak masak
2 cawan santan dari 1 biji kelapa ~ boleh guna santan KARA 1 kotak + air jadikan 2 cawan
secubit garam
Pandan emulco ~  jika sukakan lagi aroma pandan
Sedikit pewarna hijau ~ jika kuih kurang hijaunya
Sedikit bijan ~ untuk hiasan 


Sediakan acuan untuk kuih bakar
Sapukan minyak rata-rata
Panaskan oven pada suhu 170 C
Panaskan dahulu acuan dalam oven untuk mengelakkan kuih melekat pada acuan nanti

Daun pandan di racik halus
Masukkan daun pandan dan 1 cawan air dan kisar dalam blender hinga halus
Tapis dan ambil 1 cawan air pandan sahaja

Dalam bekas yang besar, satukan tepung, telur, gula, santan, garam, minyak masak dan air daun pandan.
Kacau hingga adunan rata.
Roti di potong kecil
Masukkan roti kedalam blender dan masukkan adunan tadi, kisar hingga halus
Campurkan pandan emulco dan pewarna hijau
Kacau rata

Tapis adunan kedalam acuan yang telah dipanaskan tadi
Taburkan bijan diatasnya
Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga kuih di bakar sempurna.
Sejukkan kuih atas redai setelah masak 


Friday, 13 April 2012

SAMBAL SARDIN

Had a call "Ada nasik tak?".... Adooooiiiiii... belum lagi masak.. Without further ado... Ni je le sempat....


SAMBAL SARDIN

Bahannya:-

  • 1 tin sardin
  • 1 biji bawang putih *
  • 3 biji bawang merah * (* tumbuk halus)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • air asam jawa
  • bawang besar potong wedges
  • cili padi

Caranya:-
  1. Tumis bahan kisar till garing
  2. Masuk cili kering kisar. Masak sampai garing
  3. Masukkan bawang besar.
  4. Masukkan sardin.
  5. Masukkan sikit air asam jawa
  6. Perasakan.
  7. Masukkan cili padi seketul-seketul (kalau nak pedas, titikkan).
  8. Siap!