Wednesday, 4 April 2012

AYAM RICA-RICA

Yummeh........ Resipi jumpa kat sini..


AYAM RICA-RICA


Bahan :
1 ekor ayam sederhana, potong ikut kesukaan
1 biji limau nipis ~ diperah & ambil jusnya
4 sdm minyak untuk menumis
6 ulas bawang merah ~ di hiris (boleh diganti bawang bombay)
2 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
1 helai daun pandan ~ dipotong2 3 inci panjang
2 cawan air
Garam secukupnya
1 sudu kecil gula (MaDiHaA tambah) 
Minyak masak untuk menggoreng ayam secukupnya

Bahan dikisar halus
14 biji cili padi merah (boleh dikurangkan kalau tak kuat pedas)
7 biji cili merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia
2 biji tomato ranum, ukuran sedang

Cara menyediakan
1. Bersihkan ayam & tos. Perap sebentar dengan setengah dari jus limau nipis lebih kurang 5 minit. Kemudian cuci dan toskan.
2. Panaskan minyak & gorengkan sebentar ayam (tanpa dilumur garam/kunyit) setengah masak. (resepi asal tak goreng tp MaDiHaA goreng kejap agak2 ayam nampak masak sikit je.. tp tak nampak garing). Angkat & ketepikan sebentar. Dalam kuali yang lain, tumis bahan kisar hingga wangi & garing.
3. Masukkan hirisan bawang merah/bombay, serai, daun limau purut, pandan dan gaul rata.  Masukkan ayam dan air dan kacau rata.
4. Masukkan jus limau nipis lebihan tadi, garam & gula secukup rasa, tutup sambil sesekali dikacau.
5. Biarkan hingga rempah meresap dan airnya kering sedikit.
6. Siap sedia untuk dihidangkan.









lauk sampingan

SAYUR BUNCIS GORENG KICAP BERSUHUN













Monday, 2 April 2012

LAUK PAUK SEMPOI..

Today's menu.. Plan nak buat sambal telur.. Tup-tup dah abis lak blended dried chillies....Tu yang loteh tu.. Dah le kaki sakit amattssssss.... Mayb due to my weight! Ho! Ho! Ho!!!. Menci betul!

CARROT GORENG CILI BERTELUR



IKAN BILIS GORENG BERCILI
  

Saturday, 31 March 2012

CEKODOK KOSONG WITH SAMBAL



My kids' peberet.. Since byk sgt songeh dorang ni.. Taknak bawang suma bagai, kalau buat sure kosong togel je. Kalu ikut taste Ju ni haaa, lagi sedap kalau letak taugeh bagai.. Crunchy je kan. Kalau letak kang dikuis-kuisnya semua khazanak dalam tu. Bek tak payah. Membazir je...

CEKODOK

tepung gandum
baking soda sikit
telur sebijik
garam
serbuk ikan bilis

Gaul sebati tepung, garam, serbuk ikan bilis & baking soda. Masukkan telur dan tambahkan air. agak-agak la. Biarkan seketika.


Before:






Time mandi minyak....


SAMBAL SIMPLE






Bahan-bahan.

5 biji Bawang besar (dihiris halus)
1 inci belacan
2 senduk cili kering kisar
air asam jawa
garam gula

Cara-cara:

  1. Tumis bawang hingga hampir garing
  2. Masukkan belacan
  3. Masukkan cili kisar kering
  4. Tambah garam dan gula sikit. (Sikit dulu. Nanti leh tambah lagi)
  5. Bila cili dah kering baru masukkan air asam jawa.
  6. Perasakan. Sambal ni manis sikit baru sedap. 



.cili kena garing, baru sedap.

CHEESE PUDDING (PUDING KEJU)

Puding cheese... Taste ok but not really into my taste bud. Kalu nak mengulang tu x bape sgt. I prefer stupid jelly!!.... Ha! Mende tu?... Cer teka cer teka.... Lengkong bodoh le dooooowwwh (ala ala Boboi Maharaja Lawak Mega).... Resipi dari sini..


Before set....

Kopipes:

PUDING KEJU

BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus (Ju buh 135 gm, kena tambah lagi kot..)
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
50g Mentega


CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)



Monday, 26 March 2012

AYAM MASAK IJO (HIJAU)

Fenin nak masak apa... Browse chicken recipes, sumanya pakai lengkuas. Takde lak tu... At the end jumpa resepi ni.... kat sini.. mas pulak dapat kat sinun... Kalu nak track memang payah... BCooking blogger ni dah macam surat berantai.... Kepada sesiapa pun, terima kasih tak terhingga... Dapat le makan new resipi. kalu idak asik-asik menu yang sama. Tak ke memboringkan tu...

Memang sedap sesangat.. Kids pun suka...
As usual post dulu pic. Bila time permits than kita tepekkan the resepi...


Ayam digoreng embal. I don't deep fry instead shallow fried using non stick pan. Rasanya lagi sedap kot ikut method ni... My taste le, orang lain, lain tastenya....



Wallaa!!!!

AYAM MASAK IJO (sorry ek... saja tukau nama.. heheh)

Macam biasa, ju kopipes je..


Bahan :
  • 1 ekor ayam - dibasuh & tuskan
  • 3 biji kentang - di kupas kulit, belah dua dan potong serong * Kak Yati tambah, Mas pun (x letak - terlupa)
  • 4 batang serai - diketuk
  • 1 labu bawang besar - dihiris kasar
  • 5 biji limau kasturi - diambil jusnya (pakai asam jawa jer. limau ilek)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan sedikit gula
Bahan Kisar :
  • 5 biji cili hijau
  • 20 biji cili api hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • sedikit belacan
Cara memasak :
  1. Gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak.
  2. Gorengkan pula kentang sehingga masak dan ketepikan.
  3. Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, bawang besar, garam dan sedikit gula. Kemudian kacau rata.
  5. Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi.
  6. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

Saturday, 24 March 2012

ASAM REBUS & TERUNG BERLADO IKAN KERING

Cooked lunch at 4pm... hehe.. dah nak masuk dinner dah pun... At least I had the gut to cook k... Apa- apa pun alhamdulillah.....

Asam rebus ni MIL punya recipe. Kalau kita panggil asam pedas, MIL panggil am tumis, meaning all the bumbu kena tumis garing. Asam rebus ni a kind of am pedas tapi rebus kan je... Tak payah nak tumis bagai. Senang koje. Tak payah nak menunggu menumis. Suma humban kat dalam periuk, on the heat. Biorkan je... Orang kata kalu nak lagi sodap, bila dah maak tu, kecilkan api. Let it simmer for a while... Lagi sebati.... Nak nak kalu ada ikan masin & sambal belacan.... waduh! Waduh!! Smiley


ASAM REBUS IBU MERTUAKU

Bahan-bahan:

Ikan (ikut suka)

8 biji lada hitam *
1 inci ibu kunyit *
5 biji bawang merah *
(* - ditumbuk)
cili kering kisar
asam jawa
1 kiub ikan bilis
1 batang serai - dititik
Bendi
Cara-cara:

Masukkan ikan, bahan tumbuk, air asam air dalam periuk. Tambahkan air.
masukkan cili kering kisar, serai, kiub ikan bilis.
Jerang atas api sampai mendidih. Masukkan bendi.Perasakan


Terung berlado udang kering ni recipe asal dr kak jee. Memang mabeles!!!! Tengok kat sini.. Ramai dah try... Tq kak jee for the lebeli recipe.. mmmuahhh!!! Smiley


TERUNG BERLADO UDANG KERING

Sumber: dapur kak jee

Ju kopipes jerr...

BAHAN2NYA:

6 terung pendek ( batang ke biji hah)
cili merah dan cili api (ikut suka)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
setengah cawan udang kering (dicuci dan tos)
minyak

CARANYA:

Terung dibelah dua. Kemudian digoreng atau bakar setengah masak. Kalau goreng, guna sikit jer minyak. Kemudian tepikan. Goreng udang kering hingga garing atau ranggup guna api sederhana. Tepikan. Tumbuk cili merah/cili api, bawang besar dan bawang putih.
Tumis dalam minyak sama goreng udang tadi. Bila dah naik bau dan garing, masukkan terung. Golek2 sampai rata selama kira-kira lima minit. Pastu sebelum tutup api,  taburkan udang kering yang digoreng tadi dan gaul rata.
Oh ya lupa lak. Bubuh sikit jer garam sebab udang kering kan dah masin. Kalau tak guna pak ji, bubuhlah gula sikit. 

Thursday, 22 March 2012

JAPANESE STYLE SWEET DOUGH




Hmmmm.... lama rasanya tak keluar rumah beli barang dapur.Roti pun ilek!! So.. apalagi... proses menguli pun start. Kang ada lak yang memekak - "Apa nak makan ni ibu???" After browsing all the breads and buns recipes, decided to try this 2 recipes... What???? 2?????.... Iyeeeee.. Apa? Tak percaya ke?? Like I said, mood ni kalu datang menggila... Tapi tak le datang like blogger yang hebat2 belaka tu...

1st bun... I used Japenese soft bun... Filling I put parmesan cheese + sugar.. The recipe used water roux.
Lupa pulak siapa yang empunya resipi. Rasa ramai dah buat. Thanx to all the blogger. 

p.s: Bila Ju nak update entry ni, terlupa lak lagi satu buat pakai which recipe... hehe. So Ju tepek JSSD ni je la ek. Smiley


WATER ROUX

25 gm bread flour
125 gm water.
Into the pan. Masak atas api sederhana til, pekat.

sebelum

selepas

JAPANESE STYLE SWEET DOUGH

As usual my bread maker do the works. Dump all the ingridients in BM in order:

Bahan-bahan:

150 ml water
2 egg yolks

75 gm sugar
1 tsp salt

1/2 tsp bread improver
water roux (25 gm bread flour + 125 gm water) see above
375 gm bread flour
100 gm plain flour
35 gm milk powder
1 packet instant yeast
50 gm butter

Method:


  1. Dump all in BM. It takes 1 1/2 hours.
  2. Take out. Make a ball 45 gm each. Let 10 minutes. Cover with kitchen towel.
  3. Make a bowl again. Arrange in a pan. Brush with egg wash. I sprinkle top with grated parmesan cheese and sugar.
  4. Bake at 180' c for 20 minutes.








Ini aother bun I made> memang lupa betul pakai resipi doh yang mana. Tegok gambar je la..