Monday 26 March 2012

AYAM MASAK IJO (HIJAU)

Fenin nak masak apa... Browse chicken recipes, sumanya pakai lengkuas. Takde lak tu... At the end jumpa resepi ni.... kat sini.. mas pulak dapat kat sinun... Kalu nak track memang payah... BCooking blogger ni dah macam surat berantai.... Kepada sesiapa pun, terima kasih tak terhingga... Dapat le makan new resipi. kalu idak asik-asik menu yang sama. Tak ke memboringkan tu...

Memang sedap sesangat.. Kids pun suka...
As usual post dulu pic. Bila time permits than kita tepekkan the resepi...


Ayam digoreng embal. I don't deep fry instead shallow fried using non stick pan. Rasanya lagi sedap kot ikut method ni... My taste le, orang lain, lain tastenya....



Wallaa!!!!

AYAM MASAK IJO (sorry ek... saja tukau nama.. heheh)

Macam biasa, ju kopipes je..


Bahan :
  • 1 ekor ayam - dibasuh & tuskan
  • 3 biji kentang - di kupas kulit, belah dua dan potong serong * Kak Yati tambah, Mas pun (x letak - terlupa)
  • 4 batang serai - diketuk
  • 1 labu bawang besar - dihiris kasar
  • 5 biji limau kasturi - diambil jusnya (pakai asam jawa jer. limau ilek)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan sedikit gula
Bahan Kisar :
  • 5 biji cili hijau
  • 20 biji cili api hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • sedikit belacan
Cara memasak :
  1. Gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak.
  2. Gorengkan pula kentang sehingga masak dan ketepikan.
  3. Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, bawang besar, garam dan sedikit gula. Kemudian kacau rata.
  5. Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi.
  6. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment