Thursday 17 May 2012

HAPPY MOTHER'S DAY

Dah lama tak mambakar kek. Decorate kek lagi le lama x buat. Hentam aje la. Since asik buat kek oren, actually this cake was requested by my son... e eh.. ni mother's day ke.. son's day ni.. konpius sungguh!!.. Takpe la aritu pun dah 2 x buat kek requested by my mother. Orange butter cake. Ada lagi balance kek tu. Kira ok le buat kek ni kan. Nak buat kek biasa pun, org tak berapa nak suka buttercream kalu nak mendeko... Deko pakai coklat ganache ni, abis le jugak nanti rasanya.



Jangan gelak haaaaa.... Almaklumlah kerja orang amatur!

Macam  biasa resepi Ju kidnap from cooking blogger, kak roz.. Thanx kak, for this wonderful recipe.


MOIST SOUR CREAM CHOCOLATE CAKE

Resepi Ju kopipes je from kak roz:

Sumber-kek: AllRecipes (di alih bahasa oleh HomeKreation)
Sumber-Chocolate Ganache: HomeKreation
Saiz: 9" bulat
BAHAN2:
1 cwn Serbuk Koko
cwn Air Panas
cwn Mentega - di lembutkan
2½ cwn Gula
4 bj Telur
2 st Esen Vanilla
3 cwn Tepung Kek*
2 st Baking Soda*
1 st Baking Powder*
½ st Garam* (* ayak sekali) 
cwn / 8 oz Sour Cream (Along guna peket 200g mcm gambar)

CARA2:
1. Campurkan koko & air panas. Ketepikan.
2. Pukul mentega & gula sehingga gebu.
Masukkan EV & telur sebiji2 sambil di pukul rata.
Gaulkan tepung & sour cream berselang-seli sehingga habis & sebati.
Akhir sekali, gaulkan bancuhan koko tadi.
3. Bakar 170C selama 1 jam sehingga masak (test dgn lidi).
(Along punya masak selepas 1½ jam, test setiap 10 min selepas 1 jam)
4. Keluarkan dari acuan selepas 10min dan sejukkan.
Potong kek kpd 2 atau 3 lapisan.
Lapiskan/di sapukan dgn chocolate ganache.

CHOCOLATE GANACHE:
450g Coklat - potong kecil
300g Cream
- Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
- Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.

SOAL JAWAB:
Soalan 1: Bagaimana cara nak sapu topping supaya licin.
Jwpn1: Tuang ganache kat tengah2 kek sehingga merebak sendiri menyelaputi seluruh permukaan atas kek - tak payah guna sudip sebab nanti permukaan tak licin. Ganache yg di biarkan terlalu lama di suhu bilik akan membeku sedikit & ini akan menyulitkan proses menuang, jadi jangan tunggu2 ok.
Untuk bahagian tepi, biar ganache beku sedikit & sapu bahagian tepi kek menggunakan bahagian belakang sudu. Selepas tu, boleh lah di garu menggunakan scraper untuk mendapatkan pattern spt dlm gambar di atas.
Paipkan pettern rosette kecil untuk menutupi tepi keliling atas kek.






No comments:

Post a Comment